Allah adalah nama Tuhan umat Islam. Mgkn kekeliruan sengaja diutarakan dgn mahu menggunakan nama Tuhan yg sama. Tapi tanpa sedar penggunaan nama Allah ini bermaksud mereka memeluk Islam.
Allah Maha Esa bermaksud Allah itu satu. Secara tidak langsung mereka menerima bahawa Allah itu satu dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah.
Telah diturunkan di Mekah surah AL-Ikhlas menyatakan keEsaan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk disebarkan kepada umat Islam.
Surah Al-Ikhlas yang bermaksud:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah yang menjadikan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. “Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tiada ada sesiapun yang setara dengan Nya”.
Dari surah ini jelas menyatakan Tuhan yg bernama Allah itu Satu. Dan dari ayat 1. Katakanlah (Wahai Muhammad) menyatakan dengan jelas Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Yakni amatlah bertentangan Tuhan Allah dengan Tuhan dalam ajaran agama mereka itu yg menyatakan Tuhan mempunyai anak. Serta tidak mengangkat Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi bahkan menganggap Nabi Isa itu anak Tuhan.
Penggunaan kalimah Allah itu tinggi nilai dan maksudnya.
Kita umat islam berserahlah kepada Allah mgkn Allah mahu mereka semua masuk ke Agama Allah iaitu Agama Islam.